Korporat

Info Korporat

Mengenai KPF Niaga

KPF Niaga Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 26 Disember 2017 merupakan anak syarikat milik penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF). Penstrukturan dan penubuhan syarikat ini mencerminkan komitmen berterusan KPF untuk memperkasa sektor perdagangan dan perkhidmatan agar terus berkembang secara mampan serta berdaya saing dalam pasaran.

Berteraskan pengalaman dan legasi selama lebih 50 tahun di bawah Felda Trading Sdn. Bhd., KPF Niaga tampil dengan keyakinan baharu untuk berdiri teguh sebagai entiti yang berdikari, inovatif dan progresif.

Dengan reputasi kukuh serta keupayaan yang terbukti, KPF Niaga terus melangkah ke hadapan dalam meneroka peluang baharu dan mengekalkan kedudukan sebagai rakan niaga pilihan utama dalam industri.

Bangunan KPF Niaga

Sejarah Penubuhan

1975
1975

AGENSI TAKAFUL

Memberi perkhidmatan takaful kepada Kumpulan Felda, KPF dan FGV. Diperluas lagi kepada syarikat korporat, kontraktor dan individu lain.

1976
1976

BAHAGIAN STESEN MINYAK

Mengurus tadbir 33 buah stesen minyak milik KPF Niaga Sdn Bhd. Terdiri daripada 20 stesen Petronas, 10 stesen BHPetrol dan 3 stesen Petron.

1978
1978

BAHAGIAN PERCETAKAN

Mengurus bahan cetakan KPF Niaga Sdn Bhd dan tumpuan pasaran Felda dan FGV disamping pasaran luar yang semakin berkembang.

1987
1987

BAHAGIAN BEKALAN & PERKHIDMATAN

Membekalkan kelengkapan industri agro yang menepati keperluan serta permintaan industri semasa.

2018
2018

PENSTRUKTURAN SYARIKAT

Ditubuhkan pada 28 Disember 2017. Ibu Pejabat terletak di Tingkat 3, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.

2023
28 Dis 2023

BEKALAN & PERKHIDMATAN

Ditubuhkah menjadi rakan strategik perniagaan bagi pembekalan input pertanian dan perladangan serta komited dalam inovasi perkhidmatan percetakan.

Visi & Misi

VISI

"Menjadi peneraju industri dengan keunggulan berteknologi serta menjadi pilihan utama pelanggan."

MISI

  • Menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan cemerlang dan nilai tambah kepada pelanggan.
  • Memacu inovasi berterusan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan, menjana pertumbuhan ekonomi serta menjadi rakan strategik yang dipercayai.

Nilai Teras

KREATIVITI

Mendorong inovasi dan kreativiti dalam semua aspek organisasi untuk mencapai keunggulan dan pertumbuhan.

KOLABORASI

Membina budaya kerjasama di antara pekerja dan jabatan dalam organisasi serta rakan niaga.

KUALITI

Menekankan kualiti dalam produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh organisasi.

KEPIMPINAN

Membina budaya kepimpinan yang berkesan dan menggalakkan perkembangan pemimpin di semua peringkat.

KEPATUHAN

Memastikan organisasi mematuhi undang-undang, peraturan, polisi dan etika yang ada.

Pelanggan Utama

Felda
FGV
Petronas
Petron
BHP
KGFB
KGFB
KGFB
FIC
Lembaga Koko Malaysia
Encorp
MSM
TABUNG HAJI