SESI TOWNHALL KPF: HALA TUJU DAN PENGIKTIRAFAN KHIDMAT SETIA 2024

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2024 – Sesi Townhall Kumpulan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda.
Dalam ucapan Pengerusi KPF, YBhg. Dato’ Mohd Banuri Aris menegaskan pentingnya memperkukuh asas perniagaan KPF dan meneroka peluang-peluang baharu demi memastikan KPF terus maju dan kekal relevan dalam industri koperasi. Beliau juga menekankan bahawa inisiatif ini adalah langkah penting bagi mengukuhkan kedudukan KPF serta meningkatkan kepercayaan anggota terhadap koperasi.
Tambah beliau, seluruh barisan Lembaga dan pengurusan akan berusaha menyantuni pemegang taruh dengan cara terbaik. KPF bertekad untuk mengembalikan keyakinan pemegang taruh yang sentiasa mengharapkan pulangan dividen yang terbaik daripada koperasi. Buat masa ini, KPF masih menunggu kelulusan rasmi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengenai pembayaran dividen tahun 2023 yang dijangka dalam masa terdekat.
Acara kemuncak sesi Townhall ini adalah penyampaian Anugerah Khidmat Setia kepada petugas Kumpulan KPF yang telah berkhidmat selama 10 hingga 40 tahun. Pengiktirafan ini adalah tanda penghargaan KPF terhadap dedikasi dan sumbangan besar para petugas sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, yang telah menjadi nadi kepada kejayaan koperasi ini.
Sesi tersebut dihadiri oleh anggota lembaga, pengurusan KPF, dan para petugas kumpulan KPF dari seluruh negara yang diadakan secara fizikal dan sambungan atas talian zoom.